Khamis, 25 Jun 2015

Pengesahan Pernikahan Luar Negara Tanpa Khidmat Peguam atau Agen

Pernikahan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang ringan oleh seseorang. Sekalipun urusan tersebut dilakukan di luar negara, tetapi ia perlu dilakukan mengikut cara yang betul dan diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab.


       Semua pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di luar negara perlu mengambil berat terhadap beberapa perkara utama sebelum memutuskan untuk berbuat demikian; iaitu:

1.      mencari agen yang betul-betul tahu berkenaan ciri-ciri pernikahan yang SAH disisi agama Islam terutamanya apabila pernikahan tersebut membabitkan soal penggunaan WALI HAKIM, disamping mengetahui dokumen-dokumen penting yang diperlukan untuk mendapatkan pengiktirafan nikah di dalam Malaysia, atau
2.   sekiranya pasangan memutuskan untuk pergi sendiri tanpa menggunakan khidmat agen, pastikan segala maklumat berkenaan prosedur nikah luar negara telah dikumpul termasuk dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan ketika membuat permohonan pengiktirafan nikah di Malaysia.

       Hal ini kerana proses tersebut membabitkan kelancaran hidup di masa akan datang. Sebagai peringatan, terdapat banyak kes dimana pernikahan yang dilakukan di luar negara menghadapi kesukaran untuk mendapat pengiktirafan di negara ini disebabkan:-
  1. pernikahan tersebut tidak menepati syarat-syarat SAH menurut hukum syarak; atau
  2. pihak yang menguruskan pernikahan tersebut tidak mempunyai KUASA untuk berbuat demikian.  


       Pengiktirafan nikah di Malaysia sangat penting kerana proses ini dapat mengenalpasti samada pernikahan yang telah dijalankan adalah SAH menurut agama Islam ataupun tidak. Sekiranya pernikahan tersebut tidak sah, pasangan terbabit dikira sebagai bersekedudukan atau dalam istilah agama Islam dipanggil sebagai berZINA. Lebih buruk lagi apabila si isteri sudah mengandung. Anak yang dikandungkannya akan dianggap sebagai anak luar nikah dan tidak boleh di'bin'kan dengan suaminya. Oleh yang demikian, telitilah ketika merancang agar tindakan yang diambil tidak akan mendatangkan kemudharatan lebih daripada apa yang sepatutnya.
       Bersama-sama ini saya telah mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan untuk memohon pengiktirafan nikah di Malaysia dalam sebuah e-book (Pengiktirafan Nikah di Malaysia), dengan harga RM10. Sesiapa berminat boleh rujuk pada halaman 'hubungi saya' untuk mengetahui cara mendapatkan e-book ini. Dokumen-dokumen yang dimaksudkan adalah seperti di bawah;-
  1. Borang Maklumat Permohonan Pengiktirafan Nikah,
  2. Surat Akuan Bersumpah,
  3. Surat Permohonan Penfiktirafan Pernikahan,
  4. Resit Bayaran Pendaftaran Kes di Mahkamah,
  5. Borang MS 3,
  6. Afidavit,
  7. Dokumen Permohonan Pengesahan Nikah oleh Konsulat,
  8. Sijil Nikah Luar Negara,
  9. Salinan IC bercop Konsulat,
  10. Salinan Pasport & Departure Card bercop Konsulat,
  11. Resit bayaran di Konsulat,
  12. Notis Tangguh Bicara,
  13. Surat Perintah Mahkamah untuk Mendaftar Nikah di Malaysia,
  14. Resit Bayaran Mahkamah,
  15. Resit Daftar Nikah,
  16. Sijil Nikah Malaysia
       Semoga e-book ini dapat membantu pasangan-pasangan yang telah bernikah di luar negara untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia sekiranya mereka menghadapi kesukaran mencari agen atau peguam bagi menguruskan proses pengiktirafan nikah di Malaysia atau mereka kurang berkemampuan untuk mengupah salah satu pihak terbabit.